Suatu ketika dahulu, buat sekian lamanya kehebatan seorang penjaga gol diukur berdasarkan aspek kekebalannya dalam melindungi gawang daripada dibolosi pihak lawan.
Menurut statistik laman sesawang sportsbrief.com, penjaga gol yang paling banyak mencatatkan 'clean sheet', mengakhiri perlawanan tanpa bolos, tidak lain tidak bukan adalah legenda Itali, Gianluigi Buffon, dengan sebanyak 501 perlawanan kesemuanya.
Buffon terkenal dengan kemahiran membaca dan meramalkan corak serangan lawan, menggagalkan percubaan sebelum ia mencapai peringkat berbahaya, serta fleksibiliti untuk menyelamatkan bola dari sudut yang paling sukar.
Pada zaman sekarang, meskipun segala ciri-ciri yang disebutkan tadi masih lagi relevan dan penting buat seorang penjaga gol, terdapat satu lagi aspek baru yang dianggap penting untuk menjadikan penjaga gol seorang pemain yang relevan dalam pasukan -- penghantaran bola secara jitu.
Perpindahan keluar David De Gea daripada Manchester United setelah 12 tahun menabur bakti disambut dengan reaksi bercampur-baur penyokong.
Mungkin ada yang hairan mengapa seorang penjaga gol yang menjadi penyelamat pasukan buat saban musim dan begitu setia bersama kelab akhirnya disingkirkan begitu sahaja?
Statistik menunjukkan sejak enam musim lepas, De Gea telah menyelamatkan lebih daripada 500 percubaan berbahaya lawan dan berjaya meraih anugerah Sarung Tangan Emas musim lalu.
Sukar untuk dibayangkan betapa teruknya rekod pertahanan United bakal kelihatan jika tiadanya dia.
Malang sekali, kelemahan utama De Gea adalah kegagalannya mempamerkan kebolehan mengawal bola menggunakan kaki dan melakukan hantaran jitu untuk memulakan serangan -- aspek yang pada asalnya diperkenalkan oleh pengurus Manchester City, Pep Guardiola dan dipamerkan oleh penjaga gol pasukan, Ederson Moraes dengan baik sekali.
Gaya penjaga gol seperti Ederson itu ternyata turut didambakan oleh pengurus United, Erik Ten Hag, dan disebabkan itulah penjaga gol utama yang menjadi pilihan hatinya sebagai pengganti De Gea adalah Andre Onana dari Inter Milan.
United baru sahaja menyempurnakan pembelian Onana hari ini, dan laporan berita dari pelbagai sumber rata-ratanya menyorot kemampuannya melakukan hantaran yang tajam serta tidak gentar untuk mengambil posisi yang cukup jauh dari kotak penalti demi memastikan hantaran itu sampai ke sasaran yang ditentukan.
Ten Hag sememangnya sudah cukup arif dengan kemampuan dan bakat Onana kerana pemain itu pernah bersama dengannya sewaktu mengendalikan Ajax bertahun-tahun dahulu, manakala Guardiola turut memperakui bakat penjaga gol tersebut ketika City menentang Inter dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA (UCL) pada penghujung musim lepas.
"Onana merupakan penjaga gol yang luar biasa apabila melibatkan aspek pembinaan rentak permainan.
“Dia seakan-akan seorang pemain tengah bertahan dan turut sama mengisi posisi tersebut pada waktu-waktu tertentu.
“Bagi saya, dia sememangnya salah seorang penjaga gol terbaik dunia ketika ini."
Begitulah ulasan Guardiola dalam temu bual pasca perlawanan tersebut.
Kehadiran Onana pastinya menimbulkan rasa teruja buat kesemua penyokong United kerana mereka kini akhirnya memiliki penjaga gol yang serba-serbi lengkap daripada segi pertahanan dan penghantaran bola serta masih lagi berada pada usia yang muda.
Kita nantikan bagaimana impak Onana terhadap pasukan dan sama ada sumbangannya bakal membawa perubahan positif terhadap rentak serangan United kelak.
Astro Arena
Wed Jul 19 2023
Perpindahan keluar David De Gea daripada Manchester United setelah 12 tahun menabur bakti disambut dengan reaksi bercampur-baur penyokong. - Gambar Stadium Astro
Palang Merah buka hospital medan di Rafah
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa mengumumkan pembukaan sebuah hospital medan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan kapasiti 60 katil.
Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi Rabu di kediaman rasminya.
Paris 2024: Beasley elak latihan berlebihan
Kebanyakan atlet ketika ini meningkatkan rejim latihan mereka menjelang Sukan Olimpik paris 2024 namun ia berbeza buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang.
Spesies monyet 'menghadapi kepupusan' ditemui di Jemoreng
Spesies monyet tersebut sebelum ini hanya ditemui di Taman Negara Maludam.
Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini, tunggu pengumuman penting
Dagangan sekuriti Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), digantung dari 9 pagi hingga 5 petang pada Rabu sementara menunggu pengumuman penting.
Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN
Dengan kerjasama bersama Anwar, Singapura boleh tarik firma teknologi global ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara AS-China.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Raphael Varane umum berpisah dengan Manchester United
Pertahanan Perancis itu yang kini diketepikan akibat kecederaan bakal meninggalkan The Red Devils selepas tiga tahun di Old Trafford.
'Pasukan Manchester United paling teruk saya pernah lihat'
Alan Shearer berpendapat pasukan Manchester United ketika ini adalah pasukan paling teruk pernah dilihatnya.
Aksi United serba tidak menjadi
AKSI Manchester United pada musim ini bagai serba tak kena apabila berdepan risiko gagal layak ke kejohanan Eropah buat kali kedua sejak musim 1989/90.
EPL: Arteta tuntut aksi terbaik kalahkan Manchester United
Amaran keras Mikel Arteta buat anak buahnya, pamer aksi terbaik menentang Manchester United di Stadium Old Trafford, malam ini.
Nasib Ten Hag selepas final Piala FA
Manchester United tidak akan memecat Erik ten Hag sebelum perlawanan akhir Piala FA bulan ini.
EPL: Bruno Fernandes beri bayangan tinggalkan Manchester United
"Jika saya perlu berfikir untuk tidak terus berada di EPL maka ia tidak akan berlaku sehingga selepas saingan EURO nanti."
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi kepercayaan yang sama seperti Erik ten Hag.
Piala FA Inggeris: Manchester United pilih skrip mendebarkan ke final
Conventry City mencetuskan cemas buat anak buah Erik ten Hag menerusi kebangkitan luar biasa bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.